Powered By Blogger

Pengalaman Interview MARA

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Bukannya mahu dibanggakan dengan pencapaian yg telah dicapai tetapi apa yg ingin disampaikan adalah sebagai satu perkongsian yg patut dikongsi bersama kita sbagai rakyat Malaysia yg bergerak maju mencapai Wawasan 2020.

Baru2 ini(2011) saya telah menghadiri satu temuduga untuk mndapatkan sponsorship melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu temuduga MARA. Walaupun MARA merupakan sponsorship dan bukannya scholarship tetapi saya tetap memilih MARA kerana ia khas buat bumiputra shj dan kita tidak prlu compete dengan other races sprt Indian & Chinese. Peluang keemasan di depan mata so, takkan nk tolak kot. Satu lagi kelebihan MARA ialah jika kita mndapat result yg cemerlang diuniversty nanti, sponsorship ini akn bertukar mnjadi scholarship.

Detik 4petang, 24.04.2011 perasaan gemuruh mula menghantui diri apabila giliran tiba. Maklumlah calon hari pertma. Persiapan selama beberapa minggu hancur berkecai apabila mengetahui ttg perubahan ini. Harapan dan impian saya mula goyah. Namun begitu, saya tetap berserah kepada Yang MAha Kuasa. Kalau dapat, dapatlah...kalau x dapat pon x dapatlah. Itulah yg saya pegang semasa interview brlangsung.

Akan tetapi, di sini saya bukannya ingin menceritakan ttg kelebihan atau kebaikan MARA, tetapi ingin memperkatakan dan berkongsi ttg cara2 menghadapi temuduga MARA yg latest punya ni. Pada kebiasaannya, interview MARA dilakukan secra individu dan soalan2nya pon biasalahkan sprti;
1. Please intoduce yourself
2. Why u choose MARA instead of JPA?
3. Why u choose to study overc instead local univrsty?

4. Why u want to be an/a...?
5. dan so on lah
Tapi, pada kali ini apa yg ingin saya kongsikan dgn para pembaca sekalian ialah MARA sudah tidak menggunakan lagi soalan2 yg ketinggalan zaman ni. Bermula tahun 2011(tahun saya diinterview), MARA mula mengubah langkah dan corak interviewnya kerana semua soalan di ats sudah diketahui calon.

Apa yg mengejutkan semua calon pada tahun itu adalah tugasan yg diberikan semasa interview brlangsung iaitu membina sebuah jambatan dengan spaghetti berbekalkan bahan berikut;
1. spaghetti
2. benang
3. gunting

            
      
               


Masa yg diberikan adalah selama 30minit untuk menyiapkan jmbatan berkenaan. Calon2 wajib 'speaking' semasa proses pembinaan dijalankan. Penilaian dilakukan semasa kerja kumpulan trbabit dijalankan. Dan satu lagi maklumat tambahan, inilah kali pertama MARA melakukan interview secara berkumpulan.

Selepas 30minit bertungkus-lumus bekerja keras menyiapkan jambatan berkenaan, pasukan kami dapat menarik nafas lega buat seketika sebelum dinilai ciptaan kami oleh para panel penemuduga. Beban sebarat 500g digunakan untuk menilai keutuhan ciptaan 'Engineer muda' ini. Beban yg berupa tin sardin ini diletakkan selama 1minit di atas jambatan tersebut. Alhamdulillah, walaupun dengan keadaan fizikal yg agk kurang menarik namun, jambatan mini kami mapu bertahan selama yg diperlukan.

Kengeriangan mula terpancar di wajah setiap calon dengan kejayaan yg dicapai. Namun, process interview ini masih lagi belum berakhir. Semua calon balik ke tempat duduk asal di hadapan para panel untuk meneruskan sesi seterusnya. Kemudian, setiap calon diberikan masa selama 1minit untuk menjawab satu soalan yg berkaitan dengan jambatan yg direka. Setiap calon diberikan soalan yg berbeza.
Contoh2 soalan;
1. Skill that we need to finish the bridge completely
2. Improvement that we can do to the bridge
3. The role of each candidate
4. Responsible as a leader
5.bla bla bla
and so on.( x ingat)

Maka, setiap calon pon jawablah setiap soalan terbabit dengan jayanya. Lebih kurang 1jam, tamatlah sesi temuduga kami para jurutera muda pada hari tersebut. Ada yg keluar dengn perasaan sedih, ada yg happy, ada yg frust dan macam2lah, bercampur-baur.

Sebagai penutup, ada lg yg lebih mengejutkan iaitu proses interview ini dilakukan sama shj tidak kiralah anda engineer ka, doctor ka, biotech ka dan tenaga pengajar, semuanya dikehendaki membina jambatan dengan spaghetti. Oleh itu, sebagai balon2(bakal calon) di luar sana, bersiap-sedialah dengan apa jua rintangan yg akn diberikan nnti sewaktu process interview di jalankn.


CHAIYOK2...










       Hampir tiga minggu kemudian, saudara-saudari pon akn diperkhabarkanlah dengan srt twaran yg sempoi ni...



                                                                                                                    Selasa, 21 Jun, 2011
                                                                                                                   
Sila Masukkan No.Kad Pengenalan Anda         kembali ]

 Nama                          : MOHAMAD FARIS BIN FAUZI
 No. Kad Pengenalan    : 930223036117
 
Tahniah anda berjaya


  Tarikh Pendaftaran  : 5 JULAI 2011 
  Kursus                     : KEJURUTERAAN 
  Program / Tempat   : A-LEVEL / KOLEJ MARA SEREMBAN (KMS)
   
PERHATIAN:


 1. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

 2. Walau bagaimanapun tawaran ini akan DIBATALKAN sekiranya :
           a. Saudara/saudari bukan Warganegara dan bukan Melayu/Bumiputera.
           b. Jika nama saudara/saudari/ibu/bapa/penjaga termasuk dalam Senarai Hitam MARA
               atau Tindakan Undang-Undang MARA.
           c. Diperakui tidak sihat oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau mengidap penyakit-
               penyakit kritikal.

   Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran di talian 03 - 2691 5111
   Sambungan: 3626, 3625, 1166, 1118, 1139, 1131.

   Sekian, terima kasih 
   
 “"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"”
““1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
MARA

“Keusahawanan Dan Pendidikan Global”
(Surat ini adalah cetakan computer dan tandatangan tidak diperlukan)


 Hakmilik© 2011 Majlis Amanah Rakyat





No comments:

Post a Comment

project sarawak

project sarawak
perkampungan budaya

eh2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...